Thursday, June 17, 2010

Istirehat Purnama pertama Penggal pertama(1st yer 1st sem)

Assalamualaikum...salam dikirim kpd penduduk dunia yg indah ini..baek di rimba konkrit mahupun di desa hijau....
Pling utama aku nk mohon maaf sebanyak mungkin sbb dh lmer mninggakn blog ni umpama idop sgan mati x mau XP .... aku sbnrnye nk wat konsep yg spesel..tp x taw nk wat camner...so diz time...based on tittle above..aku nk share perjalanan cti semester mlalui pantun... hope korank enjoy...
teh chrysanthemum manis bak gula,
sedap diminum bersama-sama;
cuti SEM telah bermula,
hari keluarga plan utama.


pokok semalu peka sentuhan,
durinya pedih bukan ubatan;
bukit merah mnjadi pilihan,
eratkan ukhuwah dan persahabatan.

sedap masakan kerana selasih,
lapar perut kembali pulih;
ku hulurkan ucapan terima kasih,
kepada AnE family terpilih.

makan sireh sambil bersila,
bagi yang janggal tekak pun loya;
EduTrip telahpun bermula,
adik2 bait al amin bersuka ria.

indah hiasan si bunga cempaka,
telah diguna bertahun lama;
negeri pilihan negeri melaka,
sejarah dan keseronokan disatu bersama.

tumbuhan ginseng tumbuhan sihat,
prestasi diri pasti berubah;
pelbagai ragam dapat dilihat,
pengalaman bertambah pengetahuan bercambah.
kembang mawar kembang berseri,
sayangnya tangkai dihiasi duri;
badan letih tidak terperi,
kasih sayang diperolehi juga diberi.

kuning berseri si bunga matahari,
indah dipandang sedikit wangi;
tibelah mase bercuti sendiri,
melaka juga tmpat dikunjungi.

seri manggar menghiasi bumi,
kelihatan segar bila dibasahi;
bersama azrul dan juga syahmi,
separuh melaka kami ziarahi

pemakai melur berhias sakan,
selalu di pakai di majlis keramaian;
bermain air dan makan-makan,
menjadi resam sebuah percutian.

batang buluh dijadikan galah,
sedapnya tebu boleh dijamah;
terima kasih hadhri dan juga fadhilah,
kerana menjadi tuan rumah.


Alhamdulillah...siap juga beberapa kerat pantun ni....poning pale ni memikirkan bunga pantun dan bunga yang digunakan....kalu korank ader paper info nak share tentang bunga ni... kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan... okay..maybe nex time ader la nex post...hihihih~

No comments:

Post a Comment